demi memastikan kebajikan dan suara mahasiswa Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat di dengar di peringkat pengurusan pusat pengajian, MPP PPSKHUSM telah menubuhkan suatu sistem aduan siswa secara atas talian (eAduan) bagi memudahkan mahasiswa menyalurkan aduan serta cadangan untuk diambil tindakan lanjut oleh MPP PPSKHUSM.
Klik link ini:
Sistem ini secara tidak langsung bakal memudahkan sebarang penyaluran maklumat dalam bentuk aduan mahupun cadangan kepada pihak MPP PPSKHUSM dengan lebih berkesan dan lestari.
Di samping itu, dua program susulan berkaitan kebajikan dan pengurusan pelajar bakal dilaksanakan dalam masa terdekat iaitu "Perbincangan Meja Bulat (pelajar dan pengurusan)" dan " Hari Interaksi Siswa (Kaunter Rundingan Siswa PPSKH)".
Objektif program Rundingan Meja Bulat adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk melontarkan idea, aduan serta keluhan secara terus kepada pihak pengurusan pusat pengajian melalui wakil-wakil rancangan kursus pengajian disamping berbincang serta mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai masalah akademik, kebajikan serta kemudahan pelajar dan menjalin hubungan baik yang lebih erat antara pelajar dan pihak pengurusan.
Program ini bakal berlangsung pada pertengahan bulan Februari 2013.
Manakala, program Hari Interaksi Siswa dan Kaunter Rundingan Siswa lebih berfokus kearah perkhidmatan kebajikan pelajar PPSKH yang bakal berlangsung sehari seminggu (setiap isnin). Menyediakan perkhidmatan aduan dan cadangan, perkongsian maklumat semasa berkaitan pusat pengajian, perkhidmatan motivasi personaliti dan nasihat rundingan kerjaya.
Program yang bertemakan "Bersama Mahasiswa PPSKH" ini akan bermula pada 25 Februari 2013.
Semoga program-program ini bakal memberi impak positif kepada semua pihak terutamanya mahasiswa PPSKHUSM demi kesejahteraan pelajar bergelar mahasiswa Universiti Sains Malaysia.
Klik link ini:
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEk4dWpVay0yeEdaRmNOVlRHX29COWc6MQ
0 comments:
Post a Comment